Friday, June 24, 2011

Pemakaian cincin mengikut Islam

Assalamu'alaikum dan salam satu agama. Hari ini saya terfikir untuk berkongsi maklumat berkaitan dengan pemakaian cincin cara Rasulullah kerana ramai yang tidak ambil kesah. mereka hanya tahu pakai tetapi tidak mengambil kesah.
Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin,

pakailah di jari:-
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari:-
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad S.A.W melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.

Jadi, semoga sedikit perkongsian ini dapat kita ambil iktibar, amalkan dan seterusnya sampaikan kepada yang tidak tahu atau lupa.
Sekian, assalamu'alaikum.

No comments: