Monday, November 7, 2011


Assalamu'alaikum... Salam blogging... Salam satu Malaysia... Salam satu agama... Salam ukhuwah...

 "Betulkan yang biasa, biasakan yang betul"

 Apabila saya melihat ayat di atas, saya teringat kepada Ustazah Marzilah ex-PKHEM SMKA Maahad Hamidiah.
Semoga Allah merahmati beliau.

 Saya pasti, ramai orang di luar sana sudah lali mendengar ayat di atas. Tetapi berapa ramaikah yang ambil pengajaran???
Anda pastikah apa-apa yang anda biasa lakukan adalah perkara yang betul???
Anda yakinkah anda sudah biasa melakukan perkara-perkara yang betul???

 Pasti? Yakin?

Jika ya, alhamdulillah. Jika belum, tunggu apa lagi? Anda mampu mengubahnya~

 Abang Naqiuddin, SPM 2009 (senior saya) pernah berkata kepada saya (sebenarnya ramai orang join sekali masa tuh).
Kita sering terleka dalam kehidupan kita. Kita tidak sedar bahawa kita sedang melakukan kesilapan.
Walaupun kesilapan itu kecil, tetapi kesilapan itu boleh memberi impak yang mendalam kepada iman kita.

 Apakah kesilapan itu?

 "Fuh! Nasib baik....." "Yes! Berjaya juga aku akhirnya. Hebatlah aku ni" "Kenapalah malang sangat nasib aku ni?" n more..

Biasa dengar?
Biasa kata?

Jika ya, AWAS!! Minda anda sudah dipengaruhi.

Tidakkah anda beriman dengan Qada' dan Qadar?? Siapakah yang menetukan nasib anda?? Siapakah yang menentukan TAKDIR??

Allah! Tuhan Yang Berkuasa Atas Segala Sesuatu.
Jadi kenapa tidak kita kaitkan segala kehidupan kita dengan-Nya?

Mari ubah segera sebelum terlambat!

"Fuh! Alhamdulillah....." "Alhamdulillah! Terima kasih ya Allah" "Innalillah....." n more..

Anda mampu mengubahnya~

Semoga kita semua dapat mengambil iktibar...
Sampaikanlah kepada orang lain... Ingatlah orang yang tersayang~

Sekian, assalamu'alaikum...

2 comments:

Aisyah Sophia. said...

sopan betul bahasa ko kalah aku yang pompuan ni. Hok3 baguih3

Ajwad Shafie said...

haha..tngh berlatih nk lwn Abrar...