Tahukah anda???
Tiga perkara yang telah Allah tetapkan dan tidak boleh diubah sejak azali:-
1)Rezeki
2)jodoh
3)Maut
MAUT-Diredhai Allah
-Dimurkai Allah
"Setiap yang bernyawa itu akan merasai kematian, dan sesungguhnya semua akan diperhitungkan pada hari kiamat. Sesiapa yang diselamatkan daripada api neraka kemudian dia dimasukkan ke dalam syurga, maka itulah kemenangan yang sebenar dan tidaklah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang memperdaya."
(Ali Imran:185)
Tentu anda biasa dengar, 'Barangsiapa yang mengucapkan kalimah syahadah di akhir kalam, wajib syurga baginya.'
Persoalannya kini, how to get it???
Hidup kita ibarat lori yang membawa muatan. Kematian pula ibarat pelanggaran antara dua lori. Cuba bayangkan, jika lori tersebut membawa sampah yang banyak dan berlanggar dengan lori yang membawa emas, apa yang akan terkeluar?
Adakah lori yang membawa sampah akan mengeluarkan emas dan lori yang membawa emas akan mengeluarkan sampah?
Mustahil!
Tentulah ia akan mengeluarkan apa-apa yang dibawanya.
Jadi, adakah jika kita selalu menyebut kata-kata yang sia-sia atau carutan-carutan yang hina, kita mampu mengucap kalimah syahadah sebelum ajal menjelma?
'Apa yang anda selalu sebut dalam kehidupan, itulah yang akan terpancul keluar dari mulut anda ketika maut tiba'
Jadi, pilihan di tangan anda!
Mahukan kematian yang diredhai-Nya atau sebaliknya?
Syurga yang penuh nikmat atau neraka yang seksa teramat?
Make your choise! Saya hanya mampu mengingatkan. Anda yang pilih ya atau tidak.
Sampai sini sahaja. Sedikit perkongsian yang tak seberapa. Terima kasih kerana sudi membaca.
Semoga kita sama-sama mendapat manfaat.
Sekian, assalamu'alaikum...
No comments:
Post a Comment