Sunday, December 4, 2011

KEIMANAN adalah PAKSI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang...

Assalamu'alaikum... Salam ma'alhijrah... Salam satu agama...

   Semalam saya ada berbual di dalam kereta bersama keluarga. Pelbagai topik yang dibicarakan. Antaranya tentang masalah jenayah cyber dunia moden kini, penipuan-penipuan dalam urusan bank, masalah kepimpinan di sekolah yang tidak amanah dan banyak lagi.

   Kemudian, saya berfikir. mencari jawapan bagi semua masalah. Akhirnya, saya terjumpa satu solusi, iaitu IMAN.

   Hanya dengan 'sistem iman' dapat menyelesaikan semua masalah yang wujud dalam dunia ini.

   Tidak percaya dengan kata saya? Jika tidak, cuba anda nyatakan, masalah apa yang tidak dapat diselesaikan dengan iman?

   Saya yakin tiada!

   Masalah pengurusan masa? Orang yang beriman dapat menguruskan masa dengan baik.

   Masalah keluarga? Keluarga yang beriman dengan sebenar-benar iman tidak akan berpecah belah.

   Terbukti iman adalah penyelesaian kepada semua masalah.

   Jadi, tunggu apa lagi? Mari kita bina semula iman kita yang sudah roboh. Mari kita hidupkan semula hati kita yang telah mati. Mari perbaiki amal kita.

"Dari Abdullah bin Amir Ibn As r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Iman akan menjadi lusuh dan buruk didalam hati kamu sebagaimana pakaian akan menjadi buruk apabila dipakai. Oleh itu mintalah kepada Allah untuk memperbaharui iman dalam hati-hati kamu. (HR Hakim)

Sekian sahaja post kali ini. Maaf jika ada salah dan silap. Semoga kita dikurniakan taufik dan hidayah-Nya. Assalamu'alaikum...

3 comments:

Aisyah Sophia. said...

sopan sungguh bahasa kau.bagus. kenapa kek ?

Ajwad Shafie said...

ha? kek??

Mohamad Kamil said...

aq suka dgn post ko tu.. tahniah! kalah blog aq.. haha...