Thursday, February 5, 2015

Marah? Lepaskan..!

Rasa marah? Rasa geram?
Luah je! Lepaskan je!
Kau nak buat apa? Tumbuk? Tampar? Sepak terajang? Baling barang?
Silakan.

Meh aku ajak kau fikir kejap. Cuba kau ambil selipar kau. Ok, sekarang kau sedang marah bukan? Aku nak kau campak jauh-jauh. Sekuat hati..! Sampailah kau rasa puas.

Puas kan? Best, lega bila dah campak sekuat hati jauh-jauh. Ok, sekarang aku nak kau fikir lagi. Kat mana kau campak selipar kau? Jauh tu. Boleh tak kau seru je, selipar tu datang sendiri? Mustahil bukan. Kau perlu berpenat lelah berlari ke selipar itu.

Eh, bukan ke kau yang campak selipar tu? Nah. Inilah yang kau dapat bila kau bertindak atas dasar rasa marah. Atas perbuatan kau sendiri, kau sendiri juga yang akan tanggung akibat dari perbuatan kau. Ya, itulah kemarahan.

(Gambar sekadar hiasan)

Bayangkan Nabi kita Muhammad s.a.w., dalam peristiwa pembukaan kota Makkah. Ketika orang kafir musyrikin Makkah menjadi tawanan dan dihadapkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Apa yang terjadi jika Nabi ikutkan kemarahan baginda atas apa yang telah dilakukan kafir musyrikin terhadapnya? Apa yang terjadi jika Nabi jatuhkan hukuman BUNUH atas dasar kemarahan kepada mereka semua? Tentu sahaja kerugian yang amat besar berlaku..! Ya, tentu sekali kepuasan itu hadir. Tetapi akhirnya penyesalan yang akan menyelubungi insan penyayang itu.

Maka benarlah sabda Rasul junjungan...

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَوْصِنِي، قَالَ : لاَ تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَاراً، قَالَ: لاَ تَغْضَبْ
[رواه البخاري]

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu sesungguhnya seseorang bertanya kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam : (Ya Rasulullah) nasihatilah saya. Beliau bersabda : 

Jangan kamu marah. Beliau menanyakan hal itu berkali-kali. Maka beliau bersabda : Jangan engkau marah.

[Riwayat Bukhari]


1 comment:

Unknown said...

Nice👍

لا تغضب