Tuesday, April 7, 2015

Medan realiti

Medan ini,
bukan lagi satu fantasi
mendesak kepada realiti
menuntut solusi dan konklusi

Ya kita insan biasa,
yang punya hati dan perasaan
terikut emosi dan kemahuan
tapi punya minda dan akal fikiran!

Teruskan menjadi rumput,
dipijak kasut kan tetap teguh
dibakar mati kan tetap tumbuh
meskipun akhirnya reput rapuh

Besi bersadur emas bernilai
menambah erti pada kualiti
membina kekuatan semula jadi
bentuklah kau peribadi hakiki.

-040415-
  

No comments: