Friday, January 20, 2012
Peringatan bagi 'yang meningkat dewasa'
Duhai sahabat,
Jika engkau tidak tepati, jangan dimeterai
Jika telah dimeterai, jangan kau mungkiri
Jika kau mungkiri, jangan kau tak akui
Jika kau enggan akui, jangan menyesal di akhirat nanti
Sudah lupakah engkau janjimu pada tuhanmu?
Berikrar taat setia sebelum diuji di dunia
KOnonnya pembela agam, namun kini mencemarinya
Tujuanku bukan untuk mencela
Hanya mahu mengingatkan tentangnya
Sudah lupakah kisah pelayaran yang diceritakanmu?
Terdapat dua pulau yang hendak dituju
Pulau pertama hanyalah tipu daya dunia
Yang ingin dituju adalah pulau indah syurga
Aku tahu susah untuk melepaskannya
Fitrah manusia suka bercinta
Namun bukan ini caranya
Tidak kena pada masa
Sanggup derhaka pada ibu bapa
Sehingga ingkar pada Yang Esa
Kalau benar cinta, tentu mahu bersama ke syurga
Jika aku berada di tempatmu
Mungkin aku melakukan perkara yang sama
Kerana itu umat Islam saling bersaudara
Supaya bersama menghindar neraka
Mungkin kau marah dengan tindakanku
Kerana ditegur sebegini rupa
Namun kerjaku hanyalah mengingatkanmu
Kerana hidayah Allah yang punya
'Sahabat tidak terjun bersama ke neraka, tetapi menyelamatkan dan bersama ke syurga'
*Selamat ulangtahun kelahiranmu
Semoga hidup sentiasa dipandu 'kompas keimanan'
Jangan dibazirkan umur yang dikurnia
Mari bergerak menuju Yang Esa! ^^ (17/1/2012)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment