Saturday, March 3, 2012
-No Title-
Ya, aku mula berbangga,
tatkala teguranku berjaya,
namun insan ini tidak lupa,
semua adalah hidayah darinya,
dia hanyalah asbab yang hina,
diutus Allah Yang Maha Berkuasa,
tangan diangkat separas dada,
mulut bersyukur tidak terhingga.
insan ini mula kagum dengan Hawa,
sangat mudah menerima,
walau teguran yang menerpa,
bak pisau yang merobek dada,
malu mula menyeri muka,
maruah dan diri mula berasa hina,
namun bukan itu hasratnya,
cukuplah perubahan ikhlas kepada Yang Esa,
dia tidak pernah menyangka,
sepantas ini perubahan yang dilakukan,
kerana dia menyangka Adam seperti Hawa,
sedangkan Adam itu keras hatinya,
manakala Hawa mudah terasa,
maka sekarang hati mula terasa,
bagai ingin merubah dunia,
merubah dunia yang fana,
namun ia bakal memakan usia....
karya asal,
Amirul Hafizi Ruslan
Bakal Ketua Badar SMKA Maahad Hamidiah 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ahamdulillah ini yg kita nk
Post a Comment