Saturday, October 11, 2014

2 in 1


"Aku bukan tak nak dakwah orang lain, tapi aku nak setle dulu amal fardhi aku."

"Alah kau, nak tegur orang lain pulak. Betulkan diri kau tu dulu. Solat pun bukannya selalu on-time."

(كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ ۚ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ)
[Surat Aal-E-Imran : 110]

   Kewajipan berdakwah bukannya datang hanya apabila kita sudah cukup sempurna sebagaimana hebatnya Rasulullah s.a.w. Kalau begitulah prinsipnya, maka tidak akan sampailah Islam kepada kita. Kenapa? Kerana tiada seorang pun yang hidup dalam dunia ni akan capai sempurnanya sifat mulia Nabi kita Muhammad s.a.w.

   Bayangkan para ilmuwan terdahulu semua berprinsip 'aku nk lengkapkan dulu diri aku, amal aku,' nescaya tiada siapa yang akan berdakwah hingga ke hari ini!

   Betulkan semula cara berfikir kita. Mind-set kita. Konsep dakwah ialah islah orang lain di samping islah diri sendiri.

   Cuba kita bayangkan, selepas kita makan menggunakan pinggan, lalu kita ingin basuh pinggan tersebut dalam keadaan tangan kita turut perlu dibasuh. Kemudian, kita mulakan dengan terus membasuh pinggan menggunakan sabun dan menggosoknya dengan tangan kita yang tadinya turut sama kotor. Bukankah secara tidak langsung, tangan kita turut sama menjadi bersih?

   Nah, inilah yang saya cuba sampaikan. Dakwah itu bukanlah sekadar kita mengajak orang lain ke arah kebaikan semata-mata. Bahkan, dakwah itu kita mengajak orang lain kembali atas jalan-Nya sekali gus diri kita turut terdorong sama. Sebagaimana kita campakkan bola ke dinding yang kemudiannya bola itu terpantul semula kepada diri kita.

   Jadi, tiada alasan lagi untuk kita terus berdiam diri. Siapkan diri kita sebelum Allah menyoal kita untuk apa nikmat masa dan ilmu kita gunakan atas jalan Islam. Mulakan sekarang. Jangan berlengah lagi. Pelbagaikan dakwah dengan perbuatan & akhlak yang baik. Murnikan bahasa tuturmu. Berhikmahlah dalam berdakwah. Mudahkan, jangan kau susahkan.

   Semoga Allah bersama kita dan terus beristiqamah atas jalan-Nya yang lurus.
Ameen Ya Allah!

No comments: