Thursday, July 9, 2015

Semut dalam balang

Orang lain yang masih meraba-raba apa itu Islam, sangat menghargai walaupun basic Islam itu sendiri.

Kita?

"Biasa lah tu syeikh."
"Aku dah pernah dengar dah pasal ni."
"Tak ada benda lain ke? Sampai bila-bila tak maju."

Muhasabah yang perlu kita lakukan setiap hari.
Kita seperti semut dalam balang berisi gula.
Namun, org lain bagaikan semut yang mengetuk-ngetuk balang gula itu untuk merasai gula yang manis itu.
Sebab itu bila kita dah ada dalam balang yang berisi gula itu, rasa manis sudah hilang. Kerana sudah 'biasa' je katanya.

Hargailah manisan 'gula' itu setiap hari.
Buang rasa lali tersebut.
Buang rasa bosan, kembalikan rasa yang sudah hilang.
Hargai rasa manis itu.

Bagaimana?

Kongsilah. Kongsi kemanisan gula itu dengan orang lain. Dengan cara ini, kemanisan itu dapat dirasai lagi.
Lihatlah penghargaan mereka terhadap rasa manis itu.
Ambil pengajaran.
Belajar.
Ikut.

Semoga Allah kurniakan istiqamah dalam merasai kemanisan Islam.
InsyaAllah.

Salam Ramadan semua.

No comments: