Wednesday, August 5, 2015

Masa. Bukan emas.

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

1.  وَٱلْعَصْرِ

2. إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ لَفِى خُسْرٍ
3. إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْحَقِّ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ

1. By (the Token of) Time (through the ages),
2. Verily Man is in loss,
3. Except such as have Faith, and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of Truth, and of Patience and Constancy.

[103: 1-3]





(Gambar sekadar hiasan)

Demi masa.

Allah bersumpah dengan masa. Kerana apa? Kerana sesungguhnya manusia dalam kerugian!

   Tetapi, di sana ada satu golongan yang terkecuali daripada kerugian ini. Mereka inilah yang menghargai masa. Mereka inilah yang sentiasa memanfaatkan masa dengan amal-amal kebaikan. Mereka inilah juga yang nasihat-menasihati dengan kesabaran, dan menegakkan kebenaran! Siapa mereka?

   Merekalah orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta  berpesan-pesan dengan kesabaran.

   Dan kini, aku seperti orang kebanyakan. Tidak lagi seperti dulu, yang sering orang perkatakan. Sentiasa awal dalam perjumpaan. Juga tersusun rutin harian.

   Aku cuba selesaikan masalah ini. Kembali meneliti 'aku yang dulu'. Mengkaji formula, teknik dan isi. Akhirnya jumpa satu solusi.

   Jadi, suka untuk aku kongsikan bersama di sini. Satu cara yang pernah dikongsikan kepada aku. Apa solusinya? Menjaga solat, dengan cara solat berjemaah di awal waktu.

   Mudah. Ya, dulu aku rasa mudah. Memang peraturan di sekolah. Menjadi rutin di rumah. Sentiasa dikelilingi kawan-kawan yang baik-baik. Tapi, sekarang aku mula rasa susah. Bukan lagi mudah untuk istiqamah. Nak tak nak, aku kena usaha. Kuatkan upaya. Ikhlaskan hati.

   Ingat formula ni, siapa yang mampu jaga solat lima waktu sehari semalam, pasti boleh menjaga masanya 24 jam! Kalau solatnya lewat, tak bersedia, buat cukup-cukup makan, begitulah yang akan berlaku dengan pengurusan masanya seharian. Percayalah!

Jom sama-sama kita perbaiki solat kita, jaga waktu solat kita, sentiasa solat berjemaah! InsyaAllah, pengurusan masa akan dipermudah. Masa kita akan diberkati Allah.

Ayuh!