Sunday, August 9, 2015

Kata Terakhir : lets Zikr!

Pernah tak kita terfikir, berapa kali kita berzikir sehari?
Pernah tak kita berfikir, lebih banyak zikir atau lebih banyak lupa?
Pernah tak kita merenung, adakah zikir kita hanya dalam solat?
Pernah tak kita muhasabah, hanya zikir lima waktu cukupkan syarat?



Mari kita sama-sama renungkan.

Bayangkan ada dua buah lori. Lori tersebut bawa ayam di dalamnya.
Tanpa disangka-sangka, lori tersebut terlanggar satu sama lain! Pom!!

Selepas insiden pelanggaran tersebut berlaku, agaknya apa yang bertabur keluar daripada lori tadi?
Adakah emas permata yang akan bersepah di sekeliling kejadian? Ataupun ubat-ubatan yang berselerak di persekitaran? Tidak!

Sudah tentulah ayam yang berlari berkeliaran kerana lori tersebut tadinya membawa ayam!

Nah! Begitu jugalah dengan hayat kita sebagai manusia di dunia. Mati itu tidak kita duga. Kelak, kita semua akan mati. Persoalannya, apakah perkataan terakhir yang akan kita ungkapkan?


"مَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ"

"Barangsiapa yang akhir ucapannya adalah kalimat “la ilaha illallah” maka wajiblah Syurga baginya."


(HR Ahmad)


Dapatkah kita ucapkan kalimah mulia tersebut di saat hembusan terakhir kita? Anda sendiri jawab soalan ini. Kalau hari-hari kita diisi dengan dendangan lagu 'huha huha', maka dengan itulah hati kita terisi. Kalau cakian & makian yang sering kita ungkapkan dalam hidup seharian, itulah yang mengisi hati kita.  Mana mungkin mulut kita akan sebut ayat-ayat suci mulia di saat-saat akhir kalau kata-kata kosong yang sering kita lazimkan. Mana mungkin emas & berlian yang terkeluar daripada lori yang membawa ayam di dalamnya.

Jadi, tunggu apa lagi? Mari kita sama-sama basahkan bibir dengan zikrullah. Ayuh bersama lazimkan tutur ayat suci al-Quran.

Jom, kita semarakkan zikir!

Lets Zikr! InsyaAllah

No comments: