Tuesday, March 21, 2017

Saya Sayang Syariah

Terima kasih saudara pengerusi majlis

بسم الله الرحمن الرحيم
Yg Berbahagia,
SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad AlBakri, Mufti Wilayah Persekutuan.
Prof. Datuk Hassan Basri Awang Mat Dahan, TNC HEPA.
STAF-STAF USIM.
Tetamu-tetamu kehormat.
Barisan pimpinan pelajar

Seterusnya,
Mahasiswa mahasiswi sangat saya cintai sekalian.

Assalamu’alaikum wbt.
Salam integrasi ilmu naqli & aqli.

Hadirin sekalian.

Malam ini merupakan malam kemuncak bagi kempen Saya sayang syariat: Menuju Kampus Barakah.
Bila kata sayangkan syariat, bermakna kita cintakan pencipta syariat itu sendiri, iaitu Allah SWT.


Firman Allah SWT,

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Ali Imran 3: 31)


Formulanya mudah. Jika kita cintakan Allah, kita cintakan Rasulullah SAW. Bukti kita cintakan Rasulullah SAW, kita ikut syariat & agama yang dibawa baginda Nabi.

Dalam setiap ucapan dan perbuatan kita. Dari sekecil-kecil perkara seperti mengutip sampah di jalanan, sehingga sebesar-besar perkara, seperti hal-hal perundangan, pendidikan, hatta pemerintahan negara.

Maka dengan demikian barulah kita dapat mencapai, bukan setakat kita cintakan Allah, bahkan Allah balas cinta kita!

Seperti  yang  diungkapkan  sebahagian ulama:

"Yang  jadi  permasalahan  bukanlah  jika  engkau  mencintai,  tapi  permasalahan nya  ialah jika  engkau  dicintai."

Selepas kita ikut apa yg Nabi bawa, maka dapatlah kita melestarikan, seterusnya memanifestasikan kampus yg barakah.

Hadirin sekalian.

Di universiti kita hari ini, adakah kita mempraktikkan syariat itu dengan sebenar-benarnya?
Kita mengaku kita mahasiswa USIM.

Maka, kalau betullah kita ni mahasiswa USIM, kitalah sepatutnya yg pertama, membimbing masyarakat dalam melaksanakan syariat. Melaksanakan dalam erti kata, secara sepenuhnya dalam kehidupan seharian kita.


Kerana Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 208,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.


Program yg kita adakan selama seminggu ini, ini bukanlah KPI sebenar menunjukkan bahawa program ini berjaya.

Tetapi KPI sebenar keberkesanan program ini ialah; USIM memartabatkan syariah secara keseluruhan!

Ayuh mahasiswa USIM, sahabat-sahabat sekalian. Di luar sana, kita yg akan berada di barisan hadapan.

Maka kitalah perlu yg pertama menegakkan kebenaran!
Bila ada usaha nk memartabatkan Islam, kita yg pertama sokong!
Jika ada usaha untuk menjatuhkan Islam, kita yang menjadi mmbenteng, mempertahankan Islam sedaya-upaya!

Justeru itu kita pertontonkan sokongan ini, bukan sekadar dengan laungan suara, bahkan dengan pengamalan yg sebenar-benarnya dlm kehidupan.

Saudara,
Tegakkan Islam dalam setiap diri kita.

Terima kasih.


Pidato Halaqah Of Syariat
1 Mac 2017

No comments: