Friday, September 28, 2012

Aku Yang Mencari


Manusia
Apakah tujuan penciptaannya?
Kata orang sebagai khalifah
Kata orang juga untuk ibadah
Tapi adakah cukup dengan itu?

Kubaca kisah pencarian erti hidup
Kudengar jua pengalaman dari yang merasa
Masing-masing punya jawapan yang sama
Walaupun dari cara berbeda

Namun mengapa tidak padaku?
Usahkan seharian
Solat pun belum terasa
Apakah erti khusyuk?
Apakah erti ikhlas?
Jawab orang, itu
Dalam buku, ini

Pernah sutatu ketika
Kusangkakan sudah kukecap
Pernah suatu detik
Kusangkakan sudah kufaham
Pernah suatu masa
Kusangkakan telah kutemu

Tetapi mengapa tidak ada 'rasa'?
Itu tandanya tiada kuperoleh
Tiada kukecap, faham mahupun temu

Kata 'yang rasa' perlu dicari
Dalam cerita juga mencari
Tapi aku bingung
Bagaimana mahu cari?
Kusangkakan telah kulepasi
Namun kenapa tiada kurasa?
Kenapa?
Dan kenapa?

-Khamis
-6/9/2012

-Ajwad Shafie-

No comments: