Tatkala ramai pihak pembikin filem
menyelit bermacam propaganda
dalam filem ciptaan mereka...
Harry Potter,
kononnya ilmu sihir yang diamalkan mereka
merupakan sesuatu yang hebat
dipuja dan dipuji sebagai penyelamat
Merlin,
juga begitu kisahnya
walau sejarah menyatakan kesesatan
tetapi lain pula di tayangan
Avatar the Legend of Aang,
kisah pengembaraan seorang 'hero'
mengelilingi seantero dunia
bersama haiwan berbulu kesayangan
Persis kisah al-Masih Dajjal
mengembara ke seluruh dunia
menbina tamadun
meninggalkan begitu sahaja
tanpa bukti dan sisa
Juga berkait rapat dengan satu makhluk
berbulu lebat bernama Jassasah
di pulau tempat sekumpulan musafir
terdampar menemui mereka
Namun,
menjadi tanda tanya
apabila perkara yang berlawanan pula timbul
dari sudut pembikinan kartun atau anime
yang diminati ramai...
Naruto,
seorang budak
tinggal di dalam kampung Daun
yang berorganisasi dan sistematik
sistem kumpulan yang diketuai seorang 'sensei'
tiada beza dengan sistem usrah yang diketuai murabbi
Rukun usrahnya juga tidak diketepikan
sesi Ta'aruf menjadi permulaan
Tafahum sepanjang kehidupan
dan Takaful diperjuangkan
Nilai-nilai jihad dan pengorbanan
disamakan nilai 'Semangat Api'
Perhatikan pula barisan kepimpinan hokage
sifat peribadi seakan-akan Khulafa' al-Rasyidin
Hashirama-Abu Bakar
toleransi
membuat perdamaian dengan puak Uchiha
demi keamanan
Tobirama-Umar al-Khattab
tegas
tindakannya terhadap puak Uchiha
demi kaum dan puaknya
Sarutobi-Uthman Affan
sopan dan prihatin
mengambil berat terhadap kebajikan
penduduk kampung
Minato-Ali Abi Thalib
cerdik, berani dan gagah
menjadi hokage di usia muda
bertarung melawan Kyuubi demi kampung
Apakah semua ini hanya kebetulan
ataupun sekadar permainan?
Mungkin ada jawapan
di sebalik penyusunan
No comments:
Post a Comment