Thursday, August 18, 2016

Kepala kita macam kepala paip

Bismillah.

Baru-baru ni ada seorang kawan tanya aku, "macam mana ya nak power Bahasa Inggeris?"

Terus terlintas di fikiran aku kata-kata Coach Ridz pada seminar FBI yang lalu.
Kata Coach, "your head is like a water tap."
Ya kawan-kawan. Kepala kita ni macam kepala paip! Kenapa?

Kepala paip atau paip air biasanya bersambung dengan sumber air yang dah pun tersedia. Air hanya akan keluar apabila paip itu dipusingkan. Dalam kata lain, otak kita perlu 'diperah' untuk mengeluarkan perkataan-perkataan apabila kita mahu bercakap, dalam apa bahasa sekalipun.



Sebagai contoh, apabila kita mahu bercakap dalam bahasa Melayu, maka kita akan buka 'paip Bahasa Melayu', lalu keluarlah air daripada sumber yang kita telah sediakan (segala ilmu tentang BM yang pernah dipelajari).

Tetapi apa jadi kalau paip ini jarang digunakan?
Apa terjadi kalau jarang dibuka?

Betul! Jika paip ini jarang dibuka, sudah lama tidak digunakan pasti dan pasti air itu akan tersekat.

Lihat sahaja paip air kita di rumah selepas beberapa hari ditinggalkan selepas balik kampung atau bercuti. Itu baru beberapa hari. Bagaimana kalau sebulan? Setahun?

Sama juga senarionya apabila lama kita tidak 'buka paip Bahasa Inggeris' (dalam kes ini). Lama kita tidak bertutur dalam bahasa tersebut. Jarang-jarang kita speaking dengan kawan-kawan.

Jadi bila buka paip ini, air akan tersangkut-sangkut untuk keluar. Air yang keluar pun pada mulanya mungkin air yang tidak bersih. Berkarat. Sebelum lancar air yang bersih meluncur keluar selepas itu.

Begitulah kepala kita bekerja. Kalau selalu kita gunakan bahasa itu, selalu buka paip itu, maka lancarlah air yang keluar. Fasihlah mulut kita berbicara.

Kau tanya macam mana nak power berbahasa?
Guna bahasa tersebut!
Tuturkan selalu, ketepikan rasa malu!

Akhirnya, Tuhan akan bantu.
InsyaAllah.
Semoga bermanfaat. ✌️


Prodigy, 18/8/16

No comments: